Thursday, September 6, 2007
Team building 2007
The forensic science, UKM unit conducted an outdoor training session at Eco Resort, Pahang between 1-2/9/2007. We had trained first and second year students to work together as a team. It went well. We were all tired and slept all the way back to KL. Must do it again next year.
Thursday, July 19, 2007
Forensic entomology
Monday, June 4, 2007
Lukut: Kes 400 tahun.
Pada 12 Mei 1605, satu armada kapal perang yang diketuai oleh Laksamana Cornelius Matilief telah bertolak ke Melaka daripada negara Belanda. Tujuan kedatangan armada ini adalah untuk merampas monopoli perdagangan rempah daripada pedagang-pedagang Portugis. Setibanya di Melaka pada pada April 1606, Matilief telah membuat perjanjian persahabatan dengan kerajaan Melayu Johor bagi mendapatkan bantuan dan sokongan kerajaan tempatan dalam peperangan mereka. Setelah memperolehi sokongan, armada Matilief telah terus mengepung kota Melaka bagi menyekat sebarang hubungan luar. Keadaan ini telah memaksa Wizurai Portugis di Gao, Don Martin d’Alfonso de Castro untuk menghantar armada 30 buah kapal perang bagi memecah kepungan tersebut. Pada 18 Ogos 1606, armada Portugis telah sampai dan peperangan yang dikenali sebagai peperangan Cape Rachado telah berlaku. Semasa peperangan ini, sebanyak 4 buah kapal termasuk 2 kepunyaan Belanda iaitu Nassau dan Middleburg telah terbakar dan tenggelam. Pada tahun 1995, sebuah kapal karam telah dijumpai di perairan Port Dickson dan telah dijangka merupakan sebuah kapal yang dikenali sebagai kapal Nassau. Sebuah ekspedisi gabuangan telahpun dilakukan oleh University Kebangsaan Malaysia, Oxford University dan Jabatan Muzium dan antikuiti untuk memperolehi artifak dan mengesahkan bahawa kapal tersebut sememangnya kapal Nassau. Pada tahun 2007, unit Sains Forensik, FSKB, UKM telahpun dipanggil untuk mencari bukti tambahan bagi menyokong pendapat ini. Berikut ialah beberapa gambar aktiviti yang telah dijalankan untuk menyelesaikan kes tersebut.
Thursday, May 24, 2007
Effect of morphine and alprazolam on decomposing tissue
Subscribe to:
Posts (Atom)
























